Make your own free website on Tripod.com

JOM NIKMATI MASAKAN KELANTAN!!!!!!!

 

Kelantan cukup kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaannya. Selain kaya dengan kesenian dan kebudayaan, Kelantan juga cukup kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat. Antara makanan yang popular yang ada di Kelantan ialah:

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu adalah antara makanan popular di Kelantan. Nasi Kerabu Kelantan biasanya berwarna putih atau juga biru yang mana ia dihidangkan bersama kuah tumis, herba tempatan, pucuk-pucuk muda dan sayuran. Selain itu, bagi melengkapkan lagi hidangan, Nasi Kerabu dihidang bersama ikan goreng, keropok, telur masin dan juga "solok lada".

 

Ayam Percik / Ayam Golek

Ayam Percik amat popular sebagai salah satu dari hidangan pada majlis perkahwinan. Ayam Percik mudah dimasak, ia dibakar dan ayam tersebut "disiram" dengan kuah santan yang manis yang dicampur lada kisar untuk menjadikannya berwarna merah. Ia sesuai dan sedap dimakan bersama dengan nasi putih.

 

Keropok Gote

Ia merupakan sejenis sosej ikan yang mana dibuat daripada campuran daging ikan dan sagu. Keropok ini akan digulung kepada bentuk-bentuk yang panjang dan seterusnya akan direbus. untuk rasa yang lebih sedap, keropok yang siap direbus tadi dihiris dalam hirisan memanjang yang nipis dan digoreng. Untuk menambahkan rasa, ia dimakan bersama sos. Keropok Gote berbeza dengan Keropok Lekor Terengganu yang mana saiznya lebih panjang dan tebal dan kebiasaannya digoreng dahulu sebelum dimakan. Keropok ini banyak dijual ditepi-tepi jalan dan dijadikan snek bagi kanak-kanak.

 

Laksa Kelantan

Laksa merupakan sejenis mi yang berwarna putih yang dihidangkan bersama kuah dan dicampurkan dengan sayur-sayuran. Laksa berbeza jenisnya mengikut negeri. Laksa Kelantan berbeza kerana kuahnya dibuat dari campuran isi ikan dan tulang-tulang ikan yang telah direbus.Isi ikan dan tulangnya tadi dimasak menggunakan santan. Terdapat sejenis lagi masakan seakan laksa iaitu dipanggil "Lakse". Bezanya adalah lakse dibuat daru tepung beras dan ia digulung dan digunting kecil sebelum dihidangkan.

 

Budu

Sebut sahaja budu, pastinya akan terbayang negeri Kelantan. Ini kerana Kelantan merupakan pengeluar budu utama. Budu dihasilkan dari ikan bilis yang digaul bersama garam dan melalui proses penapaian yang agak lama iatu sehingga ikan bilis tadi hancur menjadi air yang dipanggil budu. Budu amat sedap dimakan bersama nasi dengan ikan yang dibakar tanpa rasa. Ikan tersebut "dicicah" bersama budu yang dimasukkan perahan asam limau dan kadang-kala durian. Hari ini, selain ikan bilis, pelbagai jenis ikan lain digunakan untuk menghasilkan budu.